Wednesday, September 22, 2021

Mesej palsu nengenai Pejabat Residen Miri tular

Mesti baca

MIRI: Pejabat Residen Bahagian Miri memaklumkan satu mesej palsu yang merujuk kepada Pejabat Residen Miri telah ditularkan dalam laman Facebook “miri community complain” pada 7 Jun 2021 menerusi satu akaun yang menggunakan nama profil “Dunia Berita”

Dalam kenyataan media pada Selasa, Pejabat Residen Miri memberitahu tindakan pemilik akaun Facebook ‘Dunia Berita’ yang memuat naik kenyataan palsu telah memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai pejabat ini kepada orang ramai selain menjejaskan imej dan kredibiliti sesebuah pejabat kerajaan.

Tegas kenyataan itu lagi, dalam keadaan ledakan dan kepantasan maklumat kini, orang ramai diingatkan untuk terus kekal waspada dan tidak menyebarkan berita palsu.

Sehubungan itu, Pejabat Residen Miri meminta pihak berkenaan menghentikan penyebaran berita palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Residen Bahagian Miri di nombor telefon 085-433203 pada waktu pejabat atau melayari laman sesawang Pentadbiran Bahagian Miri di https://miri.sarawak.gov.my/.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru