Sunday, June 13, 2021

Kuching, Bintulu, Sri Aman, Sibu catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sejumlah 53,000 individu telah dijangkiti Covid-19 di Sarawak, selepas sejumlah 419 kes baharu dicatatkan hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Daerah Kuching terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 124 kes, diikuti Bintulu (89), Sri Aman (28) dan Sibu (27).

“Sementara sebanyak 26 kes dilaporkan di Lubok Antu (26), Subis (16), Miri (15), Kapit (13), Samarahan (12), Song (11), Asajaya (11) dan Selangau (6).

“Matu pula mencatatkan enam kes, Bau (4), Tatau (4), Kanowit (3), Serian (3), Lawas (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Sarikei (2), Lundu (2), Meradong (2), Dalat (2), Beluru (2), Kabong (1) dan Bukit Mabong (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata sebanyak tiga kematian dilaporkan semalam menjadikan sejumlah 330 korban pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Dua kematian adalah di Hospital Kapit melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 66 dan 79 tahun, manakala kematina ketiga merupakan warga emas wanita berumur 66 tahun di Hospital Sibu,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru