Thursday, September 23, 2021

KKM nasihatkan anda ikuti enam langkah berikut

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan perkara-perkara berikut;

  • Kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu;
  • Amalkan norma baharu dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM;
  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera;
  • Dapatkan maklumat berkenaan situasi terkini jangkitan COVID-19 daripada sumber yang diyakini kesahihannya; dan
  • Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.

“Semua individu perlu berperanan menjadi agen perubahan di dalam komuniti dan mengambil tanggung jawab bersama agar kesinambungan kehidupan normal dapat dikecapi semula dengan kadar segera,” kata KKM dalam satu kenyataan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru