Sunday, June 13, 2021

Kes di Sarawak menjunam

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak  419 kes direkodkan di Sarawak hari ini, penurunan ketara  dalam beberapa minggu ini selepas merekodkan angka tinggi di atas 5,00 kes untuk sekian lama.

Sebanyak  6,239 kes Covid-19 direkodkan  di negara ini dalam tempoh 24 jam.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sehingga kini mencecah 633,891 kes.

Selangor merekodkan bilangan kes tertinggi sebanyak 2,291.

Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468), Kelantan (340),  Sabah (232), Labuan (200), dan Pulau Pinang 194.

Negeri lain ialah   Terengganu (171),  Perak (175), Kedah (135), Melaka (150), Putrajaya (17),  Perlis empat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru