Friday, October 22, 2021

Kapasiti hospital di negara ini kritikal untuk tampung kes Covid-19

Mesti baca

KUCHING: Hospital di seluruh negara sedang berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 bergejala serius (kategori 4 dan 5) yang memerlukan bantuan oksigen dan bantuan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap penyakit-penyakit lain.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit-pesakit ini memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan Covid-19.

“Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kesinambungan daripada situasi yang dinyatakan, KKM ingin mengingatkan semua pihak bahawa situasi penularan Covid-19 yang dihadapi negara masih kekal pada situasi sangat serius.

“Bahaya penularan Covid-19 dan kapasiti hospital (terutama ICU) bagi menampung kes-kes Covid-19 adalah di tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun,” katanya lagi.

“Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini,” jelasnya.

Jelasnya, sehingga 6 Jun 2021, kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu, iaitu dari 99 peratus kepada 89 peratus, begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus.

“Walau bagaimanapun,kadar penggunaan katil Covid-19 di ICU telah meningkat dari 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun 2021. Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU,’ katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru