Sunday, June 13, 2021

Kaget ada ular sawa bawah kereta

Mesti baca

SARIKEI: Seorang lelaki terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang lima meter menyelinap masuk di bawah kereta yang diparkir di Jalan Repok di sini pada semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Mirwan Shah Masri berkata kehadiran reptilia itu disedari pengadu ketika hendak memberi makan ayam ternakannya.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu katanya lelaki terbabit ternampak seekor ular masuk ke bawah enjin kereta.

“Dia kemudiannya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan. Sepasukan anggota yang diketuai Iswandi Wahedi bergegas ke lokasi kejadian pada 12.04 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata anggotanya bertindak menangkap ular itu menggunakan teknik menjerut sebaik. Sebaik sahaja berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru