Sunday, June 13, 2021

Juruterbang, pramugari bertumbuk di udara

Mesti baca

BEIJING: Juruterbang dan pramugari pesawat Donghai Airlines digantung kerja selepas berkelahi di dalam tandas pesawat ketika pesawat itu masih berlegar di udara.

Pesawat Donghai Airlines berlepas dari Nantong dan mempunyai masa 50 minit untuk mendarat di Xian semasa insiden itu berlaku.

Menurut laporan media, pemandu tersebut menggunakan tandas paling hampir dengan kokpit apabila penumpang dari kelas pertama juga berebut hendak menggunakannya.

Pemandu pesawat itu menyuruhnya kembali ke tempat duduknya, tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.

Pemandu tersebut kemudian terus memarahi pramugari yang bertugas di kabin kelas pertama dan mendakwa dia tidak menjalankan tugasnya dengan betul dan menjejaskan keselamatan penerbangan.

Seketika kemudian juruterbang dan pramugari itu dilaporkan bertumbuk sesama sendiri di hadapan orang ramai.

Media tempatan melaporkan pramugari itu patah tangan, manakala juruterbang itu hilang gigi.

Mereka berdua digantung kerja dan insiden itu disiasat oleh pihak pengurusan.

Menurut Newshub, sekiranya mereka kembali bekerja, kedua-dua staf ini tidak dibenarkan bertugas di dalam pesawat yang sama lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru