Sunday, June 13, 2021

Dua disyaki ejen judi dalam talian ditangkap

Mesti baca

PADAWAN: Dua individu disyaki ejen judi dalam talian ditangkap hasil serbuan polis terhadap dua premis di kawasan Kuching City Mall Jalan Penrissen di sini, semalam.

Kedua-dua suspek gagal meloloskan diri sebaik premis tersebut diserbu sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan sekitar jam 4 petang.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kedua-dua tangkapan kini masing-masing ditahan di Balai Polis Beratok dan Balai Polis Siburan.

Dedahnya, salah seorang suspek merupakan warganegara asing manakala suspek wanita merupakan warga tempatan.

Menurutnya siasatan berhubung kes kini sedang dijalankan lanjut di bawah 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959/63.

Turut dirampas hasil serbuan katanya, dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM208 disyaki barangan kes terhadap judi dalam talian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru