Sunday, June 13, 2021

Bantuan bekalan makanan BKSS untuk semua tanpa kenal fahaman politik

Mesti baca

MARUDI: Bantuan Bekalan Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) mula diagihkan kepada penduduk di seluruh Sarawak adalah untuk semua kaum yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa mengira fahaman politik.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata sebanyak 7,533 Ketua Isi Rumah (KIR) di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi akan menerima Bekalan Makanan BKSS ini. 

“Kita akan pergi ke keseluruhan rumah panjang dan KIR. Kalau mereka tidak mahu ambil itu terpulang kepada mereka. Mereka akan bagi kepada mereka yang memerlukan. 

“Tahun ini juga bantuan Bekalan Makanan BKSS diberikan kepada masyarakat keseluruhannya,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengagihkan Bekalan Makanan BKSS di Pekan Marudi pada Isnin. 

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Pemindahan Marudi, Kampung padang Kerbau Marudi. 

Sebanyak 259 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bekalan makanan yang diagihkan ke rumah masing-masing oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pemindahan Marudi. 

Datu Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menambah, agihan Bekalan Makanan BKSS ini mula diagihkan kepada penduduk bermula 7 Jun sehingga 11 Jun. 

“Kita mula edarkan Bekalan Makanan BKSS mulai dari Ahad hingga 11 Jun 2021.

“Di seluruh kawasan DUN Marudi, kita telah memilih tiga pusat pengedaran bagi mengelakkan kesesakan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Entulang untuk kawasan Long Bakong, Pusat Khidmat Beluru dan Dewan Patipun Penan,” tambahnya. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Marudi Norlila Ulis dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Marudi. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru