Sunday, June 13, 2021

Pesakit Covid-19 terpaksa bekerja sambil usung tangki oksigen

Mesti baca

DELHI: Pekerja bank di India, yang dalam proses pemulihan selepas dijangkiti Covid-19, terpaksa turun kerja dengan membawa bersama tangki oksigen selepas permohonan cutinya ditolak majikan, lapor OddityCentral.

Arvind Kumar bekerja sebagai Pengurus Bank Nasional Punjab cawangan Bokaro.

Baru-baru ini dia muncul di tempat kerjanya dengan memakai pelitup muka dan mengheret tangki oksigen bersama-samanya.

Menurut Kumar, doktor memberitahu dia hanya akan pulih sepenuhnya selepas tiga bulan kerana jangkitan itu sudah menyerap ke paru-parunya, namun dia masih diarah bekerja.

Dalam sebuah video yang kini tular di media sosial, Kumar memberitahu cutinya ditolak oleh ketuanya, jadi dia harus datang bekerja, walaupun masih bergantung dengan tangki oksigen.

Video yang menunjukkan Kumar bersandar di badan isteri dan anak lelakinya pula dilihat mengheret tangki oksigen mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Pihak bank mendakwa Kumar sengaja berlakon dan cuba memburukkan nama baik bank tersebut.

Mereka menjelaskan Kumar menyerah surat perletakkan jawatannya tetapi pihak bank tidak mahu menerimanya kerana dia masih berhutang dengan bank.

Menurut mereka, semua pekerja bank yang dijangkiti Covid-19 tetap diberi gaji bulanan selepas keluarga Kumar memberitahu pihak bank mengancam memotong gajinya jika dia tidak datang bekerja, tetapi keluarganya tidak menyebut apa-apa berkaitan isu pinjamannya di bank.

Secara Rawak

Artikel Terbaru