Friday, July 30, 2021

174.73 juta  sudah dijangkiti, 3.76 juta mati

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 174.73  juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.76 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Rabu menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.24 juta kes dengan lebih 613, 052 kematian.

Ini diikuti India dengan lebih 29 juta kes dengan hampir 353, 557 dan Brazil dengan lebih 17 juta kes dengan  477,307 kematian.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.71 juta kes jangkitan dengan lebih 110,137 kematian manakala Turki 5.30 juta jangkitan dengan lebih 48, 341  kematian.

Rusia pula merekodkan 5.14 juta kes jangkitan dengan lebih 124,496 kematian.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol, dan Colombia pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua  juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru