Tuesday, June 22, 2021

Dr Zambry kini Setiausaha Agung BN ganti Ahmad Maslan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi  Barisan Nasional (BN)  sebulat suara bersetuju melantik mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu.

Dalam hal berkaitan, terdahulu Datuk Seri Ahmad Maslan telah menarik diri daripada jawatan Setiausaha Agung BN sejak hujung Februari 2021 dengan dipersetujui oleh Ahmad Zahid.

Ahmad Maslan kini menjawat Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Agung bersama Muafakat Nasional.

Menerusi kenyataan media terbabit, Ahmad Zahid juga memaklumkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga telah sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Perlis yang baharu.

Menurut beliau, pada mesyuarat terbabit turut dibentangkan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan BN bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata BN memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu pendaftaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pedalaman.

Secara Rawak

Artikel Terbaru