Sunday, June 13, 2021

Superman gagal hentikan bas

Mesti baca

BRASILIA: Seorang pelawak dari Brazil baru-baru ini memakai sut Superman dan berpura-pura menghentikan sebuah bas. Pelawak tersebut dikenali sebagai Luiz Ribeiro de Andrade, menggunakan gimik menunjukkan kekuatannya menghentikan bas yang sedang bergerak dengan satu tangan sahaja.

Namun, gimik jenakanya tidak menjadi apabila dia dilanggar bas tersebut. Nasibnya baik kerana dia tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut Daily Mail, video itu menjadi tular sebaik sahaja dimuat naik di media sosial.

Dalam video tersebut, Luiz Ribeiro de Andrade yang memakai sut Superman, memegang sebiji mikrofon dan berdiri di tengah jalan menunggu kedatangan bas.

Luiz berhasrat merakam detik dia menghentikan bas tersebut dengan sebelah tangannya. Malangnya, Luiz tersalah menghitung waktu yang diperlukan kenderaan itu menghampirinya dan dia dilanggar bas terbabit.

Dia tersandung sebelum berjaya mengimbangi badannya semula. Biarpun begitu selepas perlanggaran itu dia tetap berjalan tegak, malah melihat tepat ke kamera dan berkata, “kini saya sedar diri saya benar-benar diperbuat daripada besi”.

Secara Rawak

Artikel Terbaru