Sunday, June 13, 2021

Lelaki menyamar jadi pengantin wanita pada majlis kahwin kekasih

Mesti baca

DELHI: Penduduk kampung di Bhadohi, Uttar Pradesh, dikecohkan dengan insiden lelaki menyamar menjadi pengantin perempuan pada sebuah majlis persandingan baru-baru ini.

Foto yang tersebar luas di media sosial menunjukkan “wanita” berpakaian pengantin duduk di lantai dikelilingi sekumpulan lelaki.

Menurut laporan DNA India, lelaki tersebut menyamar menjadi pengantin wanita untuk melawat “kekasih” yang mengambil keputusan berkahwin dengan lelaki lain.

Lelaki tersebut menyamar diri sebagai pengantin dengan memakai alat solek, memakai sandal dan tudung serta membawa beg tangan, supaya dia dapat masuk ke rumah terbabit dan bercakap sendiri dengan pengantin perempuan.

Namun rancangan lelaki itu gagal, selepas anggota keluarga wanita itu menjadi curiga ekora, bentuk badannya.

Sebaik sahaja tudungnya ditanggalkan, dia disoal oleh ahli keluarga wanita tersebut motifnya berada pada majlis tersebut.

Menurut India.com dia juga ditampar anggota keluarga tersebut dan apabila keadaan menjadi kelam-kabut , lelaki itu melarikan diri dengan bantuan dua rakannya yang menunggunya dengan motosikal di luar rumah.

Keluarga pengantin kemudian menghubungi polis, namun tiada laporan difailkan terhadap lelaki terbabit.

Persoalan yang masih bermain di fikiran orang ramai ialah mengapa dia menggunakan pakaian pengantin untuk masuk ke rumah tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru