Tuesday, June 22, 2021

Lancarkan Tabung Bakul Makanan khas untuk OKU

Mesti baca

KUCHING: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) melancarkan Tabung Bakul Makanan bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang terjejas akibat sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 14 Jun ini.

Sehubungan itu, Presiden PERAIS Rapelson Richard Hamit menyeru masyarakat untuk menyalurkan sumbangan sama ada berbentuk kewangan atau barang bakul makanan kepada persatuan untuk disalurkan kepada OKU yang terjejas.

“Bantuan ini juga akan disalurkan kepada OKU warga emas, OKU terlantar dan juga yang berkeluarga memiliki anak kecil yang memerlukan susu tepung dan juga lampin pakai buang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, Rapelson juga mohon agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan bakul makanan kepada OKU yang terjejas.

Katanya bantuan itu boleh membantu OKU buat sementara dalam tempoh dua minggu ini untuk mendapatkan bekalan makanan.

Rapelson berkata sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB, Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) bernombor 8604183977 atau menghubunginya di talian 011-19882210 atau Setiausahanya, Annuar Putit@ Fadelize di talian 014-5819672 untuk sumbangan berbentuk barangan bakul makanan.

Katanya resit sumbangan yang disalurkan bokeh dihantar ke emel perais.swk@gmail.com atau Whatapp gambar resit kepada juruaudit PERAIS, Steve di talian 012-8086989 untuk tujuan audit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru