Sunday, June 13, 2021

Kes positif di Sarawak terus naik

Mesti baca

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak terus meningkat kepada 52,581 kes apabila sejumlah 707 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 477 atau 67.47 peratus daripada jumlah kes itu dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Bintulu, Sri Aman, Miri dan Song.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (247), Bintulu (88), Sri Aman (53), Miri (46), Song (43), Subis (40), Kapit (32), Mukah (25), Samarahan (24), Sibu (21), Beluru (17), Bau (12), Marudi (10), Asajaya (9), Selangau (8), Tatau (6), Tanjung Manis (5), Betong (4), Belaga (3), Kabong (3), dua di Sarikei, Lubok Antu dan Serian, manakala satu kes masing-masing di Bukit Mabong, Kanowit, Pusa, Tebedu dan Telang Usan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 707 kes baharu yang dilaporkan, seramai 39 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 582 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian hari ini, JPBN memaklumkan kes kematian ke-327 melibatkan seorang warga emas lelaki berusia 83 tahun dari daerah Lubok Antu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru