Sunday, June 13, 2021

Beli ayam goreng, dapat tuala goreng

Mesti baca

MANILA: Baru-baru ini, Alique Perez memesan ayam goreng di sebuah restoran makanan segera terkenal di Filipina.

Namun, dia menerima kejutan kerana bukan ayam yang dapat, sebaliknyadi mendapat “tuala goreng”.

Menurut Perez dia memesan makanan di restoran makanan segera untuk anaknya yang hendak makan ayam goreng dan pesanannya diserahkan kepadanya menggunakan perkhidmatan Grab.

Dia hanya menyedari pesanannya itu bukan ayam ketika hendak memotongnya untuk diberikan kepada anaknya.

Apabila diamati rupa-rupanya ia bukan ayam, tetapi tuala yang sudah digoreng.

Perez mengaku selama ini apabila membawa kisah tentang penemuan yang agak pelik dalam makanan mereka, dia beranggapan ia hanya rekaan, namun sekarang dia sendiri yang menjadi mangsa.

Menurutnya ia amat menjijikkan dan juga memalukan lebih-lebih lagi kerana restoran tersebut terkenal di seluruh dunia.

Dia turut menyuarakan kebimbangan makanan lain yang disediakan di restoran pada hari tersebut mungkin turut terjejas kerana tuala tersebut, lapor Times Now News.

Dalam pada itu, restoran berkenaan mengeluarkan kenyataan, mereka terpaksa menutup restoran tersebut selama tiga hari untuk mengkaji secara menyeluruh kepatuhannya terhadap prosedur dan melatih para pekerja mereka memastikan perkara ini tidak berulang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru