Sunday, June 13, 2021

Abg Johari tidak tahu-menahu berita Agong panggil ketua parti

Mesti baca

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan tidak tahu mengenai dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong akan memanggil presiden parti utama menghadap dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penamatan proklamasi darurat.

“Saya tidak tahu,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang media sempena pelancaran bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki di sini hari ini.

Sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik utama di negara ini pada 9 hingga 11 Jun ini.

Dilaporkan Yang di-Pertuan Agong dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru