Sunday, July 3, 2022

119, 421 Sarawak sudah terima dua dos vaksin

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 119, 421  individu dari Sarawak daripada 1,130,301 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat Sabtu.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, 2,444,075 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos setakat semalam.

Melalui Twitternya semalam, beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429).

Setakat Sabtu, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,357,323 orang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru