Sunday, June 13, 2021

Awas, 173. 71 juta  sudah dijangkiti, 3.73 juta mati

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 173.71  juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.73juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Ahad menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.20 juta kes dengan lebih 612, 203 kematian.

Ini diikuti India dengan lebih 28. 80 juta kes dengan hampir 344,101, dan Brazil dengan lebih 16.90 juta kes dengan  472,629 kematian.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.70 juta kes jangkitan dengan lebih 109, 973 kematian manakala Turki 5.28 juta jangkitan dengan lebih 48,068 kematian.

Rusia pula merekodkan 5.11 juta kes jangkitan dengan lebih 123,436 kematian.

United Kingdom dan Itali mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua  juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Secara Rawak

Artikel Terbaru