Monday, June 27, 2022

Wanita misteri tinggal di dalam almari

Secara Rawak

NEW YORK: Antara perkara paling menggerunkan dalam hidup ialah mengetahui orang asing tinggal di rumah anda beberapa hari.

Itulah pengalaman dialami Joe Cummings, penduduk New York pada 2009.

Baru-baru ini dia menunjukkan rakaman CCTV yang merakam aksi wanita tersebut tanpa disedari suspek.

Menurut Cummings, dia mula mengesyaki sesuatu tidak betul di rumahnya apabila mendapati barang makanannya sering hilang.

Selepas teman wanitanya memberitahu dia tidak mengambil atau makan makanan tersebut, Cummings mengambil keputusan menyiasat sendiri dan meletakkan CCTV untuk mencari individu misteri itu.

Hasil rakaman video itu mengejutkan Cummings dan individu misteri itu pula ialah wanita yang tinggal di dalam almari rumahnya.

Dia bukan sahaja mencuri makanannya, malah turut membuang air kecil di dalam sinki.

Wanita itu dilihat memanjat turun dari almari, membuang air kecil di dalam sinki sebelum membuka peti ais dan mengambil makanan serta minuman di dalamnya.

Dia juga dilihat duduk di kerusi dan menonton televisyen.

Cummings laporan polis dan membawa CCTV tersebut sebagai bukti.

Menurut ARYnews polis menahan wanita terbabit yang dilaporkan tinggal di rumah Cummings dua minggu sebelum rahsianya terbongkar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru