Sunday, June 13, 2021

Cemas, kereta rempuh bumbung rumah

Mesti baca

EUREKA: Sebuah ahli keluarga masih terkejut selepas kediaman mereka dirempuh kereta baru-baru ini.

Pemilik rumah tersebut memberitahu mereka sekeluarga nyenyak tidur ketika insiden itu berlaku sekitar 1.30 pagi.

Sebaik sahaja mendengar bunyi dentuman kuat, dia dan suaminya terus berlari ke tempat kejadian.

Suaminya mengambil hos memadamkan kebakaran akibat nahas itu kerana bimbang api merebak ke bilik tidur anaknya, seorang OKU.

Selepas api berjaya dipadamkan mereka terdengar bunyi suara seseorang dan menyedari masih ada penumpang di dalam kenderaan terbabit.

Pemandu dan penumpang kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut polis, mereka percaya kereta itu dipandu laju dan mungkin terlanggar sesuatu di tepi jalan sehingga melambung ke udara sebelum merempuh kediaman pasangan itu.

Kereta tersebut merempuh bilik air pasangan itu yang terletak beberapa meter dari katil mereka.

Menurut Fox2now, selepas kehilangan anak lelaki mereka dalam nahas jalan raya, insiden sebegini bukan sesuatu yang baru bagi keluarga itu.

Mereka cuma berasa lega tiada sesiapa cedera dalam insiden terbabit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru