Saturday, October 23, 2021

Tiga lelaki ditahan guna bom, bubu tak dilesen

Mesti baca

MIRI: Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan bom dan bubu yang tidak dilesenkan untuk menangkap ikan pada jarak lebih kurang 20 batu nautika Barat Kuala Niah,malam Selasa.

Aksi mencurigakan bot terbabit yang bergerak dalam gelap dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Miri sekitar jam 8.30 malam.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Md Fauzi Othman berkata, dua daripada individu terbabit merupakan warga tempatan termasuk tekong manakala seorang kru warga Indonesia mempunyai pengenalan diri yang lengkap.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan bubu ikan yang disyaki tidak dilesenkan dan soal siasat mendapati bom ikan turut digunakan.

“Kesemua kru, bot dan juga anggaran 900 Kilogram ikan campur telah ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Pulau Melayu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah pada lesen.

Secara Rawak

Artikel Terbaru