Sunday, June 13, 2021

Apabila lebah bekerjasama buka tudung botol

Mesti baca

BRASILIA: Seorang merakam aksi luar biasa membabitkan aksi dua ekor lebah yang bekerjasama membuka tudung botol minuman dan memuat naik video itu di media sosial.

Insiden berlaku di São Paulo, Brazil dan video tersebut menunjukkan dua ekor lebah berlegar di kiri dan kanan tudung botol sebelum menggunakan kaki mereka untuk mengangkat tudung tersebut.

Dua ekor haiwan itu kemudiannya mengangkat tudung tersebut dan membiarkannya jatuh ke tanah.

Video ini tular serta-merta dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang terpana melihatnya dan kagum dengan kemahiran yang ditunjukkan dua lebah itu.

Sebelum ini, kajian saintifik sememangnya mendapati lebah bekerjasama dan saling membantu satu sama lain untuk menyelesaikan masalah.

Malah, menurut Dailymail, satu kajian menunjukkan lebah madu dapat menyelesaikan masalah penambahan dan pengurangan asas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru