Friday, July 30, 2021

82, 341 bayi, kanak-kanak dijangkiti: Ibu bapa sekalian, lindungi anak anda 

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu mengambil tindakan proaktif bagi melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19 susulan peningkatan kes terutama melibatkan bayi berumur kurang setahun dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Peringatan ini diberi di sebalik  kenyataan  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada  Isnin yang mendedahkan 82,341 kanak-kanak dan bayi telah dikesan dijangkiti Covid-19 di Malaysia

Menurut  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal. 

Jelasnya, ini termasuk pasar raya, pasar awam serta tempat sesak lain dan menyarankan ibu bapa membuat pembelian secara dalam talian bagi mendapatkan keperluan harian.

“Semua pihak terutama ibu bapa diseru untuk mengambil berat isu keselamatan serta kesihatan golongan kanak-kanak ini memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh mereka yang belum matang, “ katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

“Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2. Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” jelasnya.

Kata Dr Noor Hisham ibu bapa dan masyarakat sekitar juga harus mendaftarkan diri untuk vaksinasi bagi mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk kanak-kanak sekali gus melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.

Beliau turut  menyarankan ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

Katanya anak-anak perlu dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul jika terpaksa keluar rumah atas urusan yang tidak dapat dielakkan seperti ke hospital atau klinik.

Secara Rawak

Artikel Terbaru