Tuesday, June 22, 2021

Berita baik, angka kematian turun selepas terima vaksin

Mesti baca

Sebuah kota di Brazil mencatat penurunan 95% angka kematian akibat Covid-19 setelah hampir semua orang dewasa divaksinasi sebagai bahagian daripada sebuah eksperimen, kata para peneliti yang dipetik BBC Indonesia.

Serrana, yang berpenduduk 45,000 orang, juga mencatat penurunan jumlah kes menyusul vaksinasi massal dengan Sinovac, vaksin yang dikembangkan di China.

“Pasukan peneliti mengatakan mereka yang belum divaksinasi juga terlindungi kerana berkurangnya penyebaran virus,” katanya

Jelasnya lagi, dapatan eksperimen itu menunjukkan bahawa pandemik dapat dikendalikan setelah 75% daripada jumlah warga telah menerima dos penuh vaksin.
Brazil terpukul keras oleh pandemik dan mencatat 465,312 kematian.

Pada pagi ini negara 211 juta jiwa itu berada di tangga ketiga dunia di belakang Amerika Syarikat dan India yang masing-masingnya merekodkan lebih 34 juta dan lebih 28 juta kes jangkitan.

Brazil pula telah mencatatkan 16.62 juta kes jangkitan.

“Negara itu sedang kepayahan lantaran proses vaksinasi yang lambat akibat jumlah vaksin yang tidak mencukupi, sementara rata-rata angka kematian dan kes harian tetap tinggi di tengah kurangnya koordinasi dalam menjalankan langkah untuk mengurangi penularan virus,” kata BBC lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru