Tuesday, June 22, 2021

Siapa mangsa seterusnya? 171. 45 juta  sudah dijangkiti, 3.56 juta mati

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 171.45 juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.56 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Selasa menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.11 juta kes dengan lebih 609,767 kematian.

Ini diikuti India dengan lebih 28.17 juta kes dengan hampir 332,000 kematian dan Brazil dengan lebih 16.54 juta kes dengan  462,966 kematian.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom dan Itali mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua  juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Secara Rawak

Artikel Terbaru