Sunday, July 3, 2022

Saratok bertukar merah

Secara Rawak

KUCHING: Daerah Saratok semalam bertukar ke status merah daripada jingga setelah merekodkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah daerah yang berstatus merah di Sarawak meningkat kepada 28 daerah.

Bagaimanapun hari ini kata JPBNS, daerah Daro telah kembali ke status kuning daripada jingga setelah merekodkan hanya 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning meningkat kepada lapan daerah, manakala, tiga daerah berstatus jingga.

Bagi daerah yang kekal berstatus hijau, ia hanya melibatkan daerah Telang Usan,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, setakat hari ini juga JPBN telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 12 kawasan.

Katanya, ia melibatkan Rumah Mut anak Merom @ Bohom, Tanjung Manis; Rumah Sana anak Changgai; Rumah Jimbun anak Saging ; Rumah Bon anak Depa; Rumah Empading anak Edi; Rumah Jaapar anak Anyut; Rumah Jebat anak Talak; Rumah Puso anak Lunak; Rumah Nyalau anak Engkamat; Rumah Noh anak Bin; Rumah Damat anak Enggie dan SK Stalun.

“Kesemua penempatan ini berada di daerah Tanjung Manis dan dikenakan PKPD bermula 2 hingga 15 Jun ini,” katanya.

Sehubungan itu, JPBN memaklumkan hari ini, terdapat lapan kawasan yang diisytiharkan tamat PKPD manakala satu kawasan tamat 1 Jun ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru