Sunday, June 13, 2021

Kartel sanggup upah RM288,000 untuk bunuh anjing Sombra

Mesti baca

BOGOTA: Sombra, anjing jenis Jerman Shepherd mahir mengesan dadah dianugerahkan dua pingat keberanian K-9 kerana kemahirannya itu.

Kolonel Tito Castellanos, wakil Pengarah Polis Antinarkotik Kolombia memberitahu CNN, Sombra membantu pihaknya menangkap 246 orang, merampas sembilan tan kokain dan tiga tan kokain hidroklorida sejak berkhidmat dengan pasukan narkotik.

Namun, kini nyawa Sombra berada dalam bahaya selepas dia menjadi sasaran bunuh geng kartel berpengaruh di negara itu Kartel Urabenos.

Mereka dilaporkan sanggup membayar AS$70,000 (RM288,000) kepada sesiapa yang dapat menembak mati Sombra.

Ekoran itu Sombra terpaksa dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado, Bogota untuk menjamin keselamatannya.

Bersama pengendalinya, ia juga dikawal rapi oleh tiga pegawai sejak rancangan membunuhnya tersebar.

Castellanos memberitahu CNN Sombra terus dipindahkan ke lokasi berlainan di seluruh negara demi keselamatannya, dan dia masih mempunyai masa dua tahun sebelum dibenar bersara.

Secara Rawak

Artikel Terbaru