Sunday, June 13, 2021

Tidak puas barangan diterima, lelaki ancam penghantar dengan parang

Mesti baca

JAKARTA: Seorang lelaki di Ciputat, Tangerang Selatan ditahan polis selepas videonya mengacukan parang kepada kurier tular di media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat memarahi penghantar kurier tersebut kerana tidak puas hati dengan barang baru diterimanya.

Dia dikatakan marah kerana menerima kertas kosong dalam bungkusan yang diberikan kepadanya, malah meminta penghantar tersebut menggantikan barangan beliannya.

Kurier tersebut bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana proses pengembalian dilakukan oleh penjual bukan dia.

Lelaki tersebut yang tidak puas hati mendengar jawapannya masuk semula ke rumah dan seketika kemudian keluar dengan membawa sebilah parang dan mengacunya kepada penghantar barang tadi.

Dalam satu lagi video yang tular, lelaki itu dilihat ditahan pihak polis selepas pekerja kurier bertindak melapor tindakannya mengacukan parang kepada polis.

Polis di Tangerang Selatan, mengesahkan kejadian ini lapor okozone.net

Secara Rawak

Artikel Terbaru