Sunday, June 13, 2021

Pemuda Umno mahu PKR pecat Iswandy

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kenyataan anggota PKR (Parti Keadilan Rakyat)  Iswardy Morni, yang kini disiasat kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang enteng, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Jelasnya, sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tindakan menghina seperti ini bukan kali pertama bahkan Biro Politik hanya sekadar beri amaran sahaja kepada Iswardy sebelum ini.

“Walaupun Pengarah Komunikasi cuba menjarakkan PKR daripada kenyataan menghina tersebut, perbuatan yang berulang kali seperti ini mesti diambil tindakan tega,’ katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

“Justeru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menggesa PKR untuk memecat keanggotaan Iswardy sekiranya parti itu benar-benar ikhlas dan serius untuk menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan biadab anggotanya yang jelas menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, sekaligus membuktikan PKR masih menjunjung tinggi kesetiaan parti kepada tonggak Institusi Raja negara ini,” katanya  lagi.

Iswardy  beberapa hari lalu memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di YouTube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19.

Beliau juga membandingkan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru