Sunday, June 13, 2021

Elok GPS masuk Semenanjung

Mesti baca

Sarawak umum PKP seluruh negeri mulai esok sehingga 11 Jun. Majoriti sektor ekonomi akan ditutup hampir sepenuhnya.

Apa yang kerajaan Sarawak buat? Berbeza dengan Pusat yang merungut tak ada duit untuk bagi bantuan jika buat lockdown, Sarawak hari ini umum bantuan tunai RM1.4 bilion bagi rakyat mereka.

RM1500 bantuan kepada ketua keluarga B40 yang akan dibayar 6 kali sehingga Disember depan (RM250 sebulan)

RM500 one off kepada bujang B40

RM300 bagi petugas kesihatan

RM200 bagi petugas barisan hadapan

RM1500 bagi peniaga kecil / penjaja dan,

RM600 bagi pengusaha bas sekolah, van penumpang dan pemandu teksi

RM1.4 bilion ini tidak termasuk pakej RM3.1 bilion yang telah diperuntukkan sebelum ini. Atau bersamaan 45% daripada bajet tahunan Sarawak. Kebanyakannya adalah suntikan terus tunai daripada kerajaan.

Saya fikir elok GPS ini masuk Semenanjung sajalah. Senang kami rakyat nak pangkah parti yang ada otak.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Secara Rawak

Artikel Terbaru