Sunday, June 13, 2021

Sudah seminggu lelaki mati pulang semula ke rumah

Mesti baca

DELHI: Seminggu selepas majlis pengebumian, anggota keluarga Omkar Lal Gadulia dikejutkan dengan kedatangannya ke kediaman mereka.

Rupa-rupanya saudara-mara Omkar mengenal pasti mayat orang lain sebagai Omkar dan mereka juga mengambil mayat lelaki bernama Goverdhan Prajapat yang meninggal dunia di Hospital RK.

Kedua-duanya menjalani rawatan di hospital yang sama.

Pada pertengahan bulan lepas, Omkar seorang pemabuk pergi ke Udaipur tanpa memberitahu keluarganya.

Dia kemudian dimasuk ke hospital selepas mengalami masalah berkaitan usus.

Pada hari yang sama Prajapat juga dimasukkan ke hospital tersebut dan meninggal dunia selang tidak lama kemudian.

Anggota keluarga Omkar menyangka Gadulia ialah Omkar kerana kedua-dua mereka mempunyai bekas luka serupa di tangan kanan dan penampilannya mereka juga hampir sama.

Polis menyerahkan mayat tersebut tanpa melakukan bedah siasat dan ujian DNA.

Kira-kira dua minggu selepas itu Omkar pulih dari sakitnya dan dibenar pulang.

Kemunculannya di hadapan pintu mengejutkan anggota keluarga dan polis diarah menjalankan siasatan tentang mayat yang sudah dibakar.

Pihak hospital mengaku sebahagian besar penyebab salah faham itu ialah kesilapan mereka dan mereka melakukan tindakan sewajarnya terhadap jururawat dan pekerja rumah mayat, lapor DNA.

Secara Rawak

Artikel Terbaru