Thursday, August 18, 2022

Wanita warga China bakar kereta teman lelaki di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Polis menahan seorang wanita warga China selepas disyaki membakar kereta milik teman lelakinya di Jalan Song Thian Cheok, sekitar jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek, 34, ditahan di lokasi kejadian oleh pasukan khas dari Balai Padungan.

Hasil siasatan awal katanya, punca kejadian adalah bermotifkan cemburu.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kebakaran sebuah kereta jenis Proton Exora berjaya dipadam oleh pasukan operasi bomba.

Insiden telah menyebabkan kenderaan terbabit terbakar hampir secara menyeluruh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru