Sunday, September 25, 2022

Mufti Perak meninggal dunia kerana Covid-19

Secara Rawak

IPOH: Mufti Perak Harussani Zakaria, 82, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Demikian makluman yang disampaikan melalui laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria baru sahaja meninggal dunia,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik pada pukul 3.04 petang tadi.

Allahyarham  positif Covid-19 sejak sebelum Aidilfitri lalu, dan pada minggu lalu, beliau dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Allahyarham memegang jawatan itu mulai 1985.Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Parit Buntar, Perak. Isterinya Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon binti Abdul Ghani. Dan mereka dikurniai empat orang. 

Jawatan yang pernah dipegang:

  • 1992 – Sekarang: Mufti Perak Darul Ridzuan, Jabatan Mufti Negeri Perak
  • 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
  • 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
  • 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan,  Sekolah Latihan Pergigian, Pulau Pinang
  • 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang  
  • 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
  • 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri 

Al-Fatihah.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru