Sunday, June 13, 2021

Sudah 170 juta dijangkiti di seluruh dunia, 3.53 juta mati

Mesti baca

UMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 170 juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.53 juta..

Hampir 200,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Sabtu menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.02 juta kes dengan lebih 608,000 kematian.

Ini diikuti India dengan 27.71 juta kes dengan lebih 322,000 kematian dan Brazil dengan lebih 16.39 juta kes dengan lebih 459,000 kematian.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom dan Itali mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua  juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Secara Rawak

Artikel Terbaru