Sunday, June 13, 2021

Karim: Kita berbeza daripada Semenanjung

Mesti baca

KUCHING: Sarawak dilaporkan tidak akan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial atau Sekatan Pergerakan Penuh (SPP)  seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan  semalam meskipun berlakunya kes tinggi untuk dua minggu terakhir di negeri ini.

Angka jangkitan untuk negeri ini berlegar sekitar lebih daripada 400 kes sejak dua minggu lalu.

Sarawak merekodkan 698 jangkitan baharu semalam, kelima tertinggi antara negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

SPP   dijadualkan  berkuat kuasa Selasa ini sedangkan PKP Pemulihan  Sarawak bermula hari ini hingga 11 Jun.

SPP yang diumumkan Kerajaan Persekutuan pula berlangsung selama 14 hari mulai 1 Jun ini.

Kerajaan Sarawak hanya bersetuju untuk melaksanakan PKP 3.0 bermula hari ini, meskipun ia sudah pun dilaksanakan di negeri-negeri lain sejak 12 Mei.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dipetik berkata oleh Astro Awani,  tiada  langkah penutupan penuh terhadap sektor ekonomi dan sosial di negeri ini.

Menurut beliau lagi, setakat petang semalam, tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkenaan perkara itu.

“Kita berbeza daripada Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi,” katanya  lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru