Wednesday, December 7, 2022

RM1,500 tunai kepada pengamal media barisan depan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak menghargai pengorbanan dan sumbangan pengamal media barisan hadapan dan yang berdepan dengan risiko pandemik COVID-19 semasa bertugas di Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Oleh yang demikian, katanya, Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan.

“Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM900,000,” katanya ketika mengumukkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak pernah memberi bantuan dalam jumlah yang sama kepada petugas media.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru