Sunday, June 13, 2021

Jepun dengan 730,000 kes pertimbang lanjutkan darurat

Mesti baca

TOKYO:  Jepun yang berada di tangga ke-35 dunia dari segi jumlah kes keseluruhan, dengan hampir 730,000 kes kini  sedang mempertimbangkan  untuk melanjutkan tempoh darurat yang diisytiharkan di Tokyo dan beberapa kawasan lain sehingga 20 Jun ini.

Jepun sudah menyaksikan 12,601 kematian setakat ini

Ini  menurut Kyodo News,  susulan kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi dalam kalangan penduduk, kurang dua bulan sebelum Sukan Olimpik musim panas bermula di negara itu.

Keadaan darurut yang diisytiharkan di ibu negara dan lapan lagi wilayah di Jepun dijadualkan berakhir pada 31 Mei ini.

Kes kematian di negara itu melonjak secara drastik kebelakangan ini di sebalik kes jangkitan baharu yang berkurangan di Tokyo dan Osaka, “tetapi pada keseluruhannya keadaan sukar dijangka.”

Sebanyak 4,140 kes jangkitan baharu direkodkan pada Khamis, berkurangan berbanding 7,200 ketika ia berdepan kemuncak.

Terdapat 1,371 pesakit dalam keadaan kritikal, 42 berbanding sehari sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan, Pekerja dan Kebajikan.

“Semakin ramai penduduk di Osaka dan Tokyo mula keluar dan ini menimbulkan kerisauan kes jangkitan akan meningkat,” kata Menteri Ekonomi, Yasutoshi Nishimura dipetik media.

Perdana Menteri Yoshihide Suga berkata kerajaan akan berbincang dengan pakar hari ini tentang keputusan yang bakal dibuat, yang turut membabitkan Hokkaido, Aichi, Kyoto, Osaka, Hyogo, Okayama, Hiroshima and Fukuoka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru