Wednesday, December 7, 2022

Diskaun 5 hingga 25 peratus bil elektrik

Secara Rawak

KUCHING: Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri di Sarawak akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, diskaun ini akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, pengguna komersial dan industri di seluruh Sarawak.

“Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.8 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya ketika mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di sini hari ini.

“Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak,” katanya.

“Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM32.1 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru