Saturday, October 23, 2021

RM91,000 disalurkan untuk aktiviti JKKK di DUN Daro

Mesti baca

DARO: Keprihatinan Kerajaan Sarawak terserlah dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM91,000 untuk membantu pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad berkata sumbangan untuk JKKK Fasa Dua itu melibatkan sebanyak 17 JKKK di tanah besar Daro.

“Sumbangan itu untuk membantu JKKK melaksanakan pelbagai aktiviti penduduk di kawasan masing-masing.

“Sumbangan fasa seterusnya bagi JKKK di daerah lain di bawah DUN. N43 Daro akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan upacara penyerahan sumbangan

cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pusat Khidmat DUN Daro Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan JKKK supaya sentiasa memastikan penduduk kampung masing-masing mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“JKKK juga perlu peka dengan keperluan penduduk terutama yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Beliau juga memberi jaminan akan terus melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan proses pembangunan di DUN Daro berjalan lancar.

Secara Rawak

Artikel Terbaru