Sunday, June 13, 2021

Berdepan perompak, wanita kena serangan jantung

Mesti baca

ARGENTINA: Seorang wanita yang begitu terkesan selepas berdepan tiga perompak yang menceroboh kediamannya, diserang sakit jantung, lapor ARYnews.

Perompak itu mengikatnya dan melarikan barangan berharga miliknya.

Insiden berlaku di Argentina dan seluruh episod dirakam CCTV di kediaman wanita terbabit.

Wanita itu menjerit ketakutan saat melihat kedatangan tiga perompak tersebut dan cuba mengunci pintu, namun mereka bertiga bertindak lebih pantas.

Menurut rangkaian television El Doce yang berkongsi video tersebut, dua anak lelakinya mengunci diri di dalam bilik tidur di tingkat atas dan menghubungi ayah mereka.

Perompak ketiga kemudiannya mengelilingi rumah tersebut dan mengambil mainan PlayStation, komputer dan wang tunai.

Suspek tembak-menembak dengan polis menyebabkan salah seorang cedera.

Dia ditahan polis, manakala dua lagi perompak melarikan diri dan masih diburu.

Wanita tersebut telah diserang sakit jantung beberapa jam selepas insiden itu dan dimasukkan ke ICU dua hari.

Suami mangsa menyalahkan dirinya kerana lalai gara-gara membiarkan pintu rumah terbuka sehingga membolehkan perompak itu memasuki rumah mereka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru