Thursday, December 9, 2021

Najib kata Tajuddin akui lakukan kesilapan kendali sidang media

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno,  Datuk Seri Najib Razak berkata,  Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk  Seri Tajuddin Abdul Rahman mengakui  telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan sidang media mengenai kejadian tren LRT bertembung.

Menurut Najib  yang juga bekas Perdana Menteri, perkara itu diakui selepas dia menghubungi Tajuddin apabila kejadian itu tular di media sosial.

“Beliau mengaku buat kesilapan dalam sidang media mengenai kemalangan LRT,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Tajuddin dikecam dan dikritik hebat oleh pelbagai pihak termasuk netizen kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak sensitif kepada mangsa kejadian itu.

Malah, ada pihak yang menggesa agar beliau mengundur diri.

“Justeru, beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah dan bukannya masa untuk berseloroh,” ujarnya.

Melalui sidang media itu, bukan sahaja bahasa yang digunakan teruk, tetapi beliau dilihat tidak menguasai fakta dan data berkaitan dengan kemalangan berkenaan. 

Misalnya, ketika menjawab soalan wartawan mengenai situasi di bawah terowong LRT berkenaan, Tajuddin berkata: “normal … hanya dua tren bersama, saling bercium …” dan kemudian ketawa kecil yang disifatkan pelbagai pihak tidak sensitif.

“Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat,” katanya lagi.

Najib berkata Tajuddin berjanji akan meletak jawatan sebaik sahaja Majlis Tertinggi (MT) Umno mengarahkan semua ahli Umno meletak jawatan pada masa yang sesuai nanti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru