Sunday, June 13, 2021

Enam termasuk pengusaha di Kuching dikompaun RM60,000

Mesti baca

KUCHING: Enam individu termasuk pengusaha sebuah premis kelab sukan di Gala City dikompaun akibat didapati masih berada di premis pada jam 11 malam, kelmarin.

Kelima-lima individu yang mengaku sebagai pelanggan di premis terbabit masing-masing dikompaun RM2,000 manakala pengusaha premis dikompaun RM10,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata kesemua Orang Kena Tuduh (OKK) merupakan lelaki berusia lingkungan 23 hingga 34 tahun.

Jelasnya hasil pemeriksaan dilakukan okeh Pasukan pemantau pematuhan Covid-19 IPD Kuching mendapati premis masih beroperasi dan gagal mengikut masa yang digariskan oleh kerajaaan.

“Kesemua OKK ini telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21A Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPPB) (No.4) 2021,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kompaun tersebut perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) dalam tempoh 14 hari dari tarikh bermula kompaun dikeluarkan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru