Saturday, October 23, 2021

Neelofa  tak serik cetuskan kontroversi lagi hari ini

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Bagai tidak serik, selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, terus mencetuskan kontroversi.

Terbaharu usahawan yang sudah beberapa kali sebelum ini dikenakan tindakan, didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Warganet mendakwa terdapat empat orang di dalam kenderaan yang dinaiki Neelofa selepas beliau selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin sedangkan berdasarkan SOP hanya tiga individu sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Bagaimanapun, Neelofa tampil dengan satu kenyataan penjelasan di media sosialnya.

“Kami hanya menumpangkan beliau dari balai polis ke mahkamah bersebelahan, dengan jarak sekitar 50 meter.

“Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama.

Menurutnya, beliau dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menaiki kenderaan sendiri dengan dipandu pemandunya untuk pulang ke Kuala Lumpur manakala peguamnya pulang dengan memandu kenderaan sendiri.

“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami menguruskan peguam di pekarangan mahkamah atau dari luar balai polis,” kata Neelofa yang bagai tidak serik-serik dan banyak menerima kritikan netizen sebelum ini.

Malah, ada petisyen agar beliau dikenakan hukuman lebih berat.

“Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru