Sunday, June 13, 2021

Menghantar dan menghidang makanan di kira langgar SOP

Mesti baca

KUCHING: Perkhidmatan sajian makanan (drive-in) secara hidangan di dalam kenderaan pelanggan oleh pekerja premis adalah tidak dibenarkan, tegas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Tindakan tersebut jelas beliau adalah bertentangan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di mana premis-premis makanan hanya dibenarkan menyediakan makanan secara bungkusan (take away) kepada pelanggan.

“Premis yang menyediakan pekerja mereka untuk menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan adalah tidak mematuhi penetapan SOP.

“Dine-in bermaksud pekerja melayan pelanggan makan di dalam kenderaan. Menghantar makan ke dalam kenderaan pelanggan dan seterusnya mengutip semula bekas makanan ke kenderaan.

“Sekiranya pelanggan beli (take away) dan makan dalam kenderaan mereka tanpa perkhidmatan layanan daripada pekerja premis itu tidak akan menjadi kesalahan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru beliau menasihatkan agar masyarakat atau premis makanan untuk tidak ataupun menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

Setakat ini ujarnya hanya sebuah premis di Miri telah di kompaun atas kesalahan tersebut pada hari Jumaat lepas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru