Thursday, December 9, 2021

Kes Covid di Indonesia melonjak selepas Hari Raya

Secara Rawak

JAKARTA:  Wakil Menteri Kesihatan Dante Saksono Harbuwono berkata pergerakan rakyat sewaktu sambutan lebaran atau Hari Raya Aidilfitri di Indonesia  baru-baru ini mula menunjukkan impak terhadap statistik kes Covid-19 harian di negara ini.

Katanya, salah satu indikasinya yakni pada empat hari terakhir peningkatan kasus baru Covid-19 mencapai di atas 5,000 kes secara harian.

“Ini menunjukkan bahawa  pergerakan yang terjadi selepas cuti lebaran sudah mulai terlihat minggu ini. Dari pengiraan anggaran yang kita lakukan, mungkin akan mencapai peningkatan kes sampai pertengahan minggu akan datang,” jelas Dante dalam sidang media maya di saluran YouTube Sekretariat Presiden, pada Isnin seperti dipetik Kompas.com. 

Meski demikian, kata Dante faktor lain yang mendorong terjadinya lonjakan kes Covid-19, iaitu penemuan mutasi baharu varian virus korona yang kini mulai masuk ke Indonesia.

Katanya, ada tiga varian yang menjadi perhatian pemerintah, iaitu varian B.1.1.7 dari England, varian B.1.617 dari India dan varian B.1.351 dari Afrika Selatan.

“Secara keseluruhan kami sudah mendapatkan 54 kes. Ini menyebar. Sebanyak 35  antaranya ialah varian , dari luar atau luar indonesia,” katanya.

 “Lalu 19 kes berasal dari variasi yang berasal dari Indonesia. Jadi sudah ada kontak internal Sudah ada penyebaran secara internal dari varian of concern itu,” lanjutnya.

“Kita juga harus tetap menjaga keseimbangan antara kepentingan kesihatan dan ekonomi, agar kedua-duanya dapat berjalan dengan baik,”  katanya lagi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru