Sunday, June 13, 2021

Buruh maut dalam kemalangan jalan raya

Mesti baca

KUCHING: Seorang pekerja buruh meninggal dunia setelah motosikal ditunggangya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lampu Isyarat Jalan Tun Razak semalam.

Insiden kira-kira jam 10 malam itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkusaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian oleh Pasukan Paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Akibat kejadian mangsa (penunggang) dikenali sebagai Mohammad Nizam Sabu, 33, mengalami kecederaan di kepala dan kaki kanan manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan berpunca akibat penunggang motosikal tidak mematuhi lampu isyarat dan masuk ke laluan kereta dipandu oleh mangsa.

“Kemalangan berlaku semasa kereta terbabit bergerak lurus dari arah Pending menuju ke Simpang Tiga.

“Ketika lampu isyarat menunjukkan hijau, tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah Jalan FooChow 1 menuju ke Jalan Rengas secara tiba-tiba masuk ke laluan lereta tersebut.

“Jarak kedua-dua kenderaan yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal di bahagian hadapan,” jelasnya lanjut.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke HUS untuk tindakan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Secara Rawak

Artikel Terbaru