Sunday, June 13, 2021

Semak semula bayaran insentif wilayah di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) menggesa agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan saranan mereka berhubung dengan semakan semula kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Mantan Pengerusi CNS Ahmad Malie berkata, perkara tersebut penting memandangkan elaun Bantuan Sara Hidup (Cola) bagi penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia telah dinaikkan sebanyak RM50 sebelum ini.

“Walaupun kenaikan jumlah itu nampak kecil namun kami (CNS) melihat impak yang amat besar kepada emolumen penjawat awam.

“Justeru, kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar BIW ini memandangkan ia belum disemak semula sejak 15 tahun sedangkan Cola telah disemak dan mendapatkan kenaikan sebanyak RM50,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena persaraannya selaku Pengerusi CNS di Pejabat CNS, di sini, hari ini.

Tambahnya, mengikut kadar yang sedia ada bayaran BIW berdasarkan gred dan gaji pokok seorang penjawat awam.

“Kami mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan serta merealisasikan cadangan kami ini demi kebajikan warga penjawat awam persekutuan di Sarawak,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru