Sunday, June 13, 2021

Dua lelaki pecah masuk kereta diberkas polis di berkas polis

Mesti baca

MIRI: Dua lelaki tempatan disyaki memecah masuk sebuah kereta di hadapan sebuah rumah dekat Taman Raja Isnin lalu (17 Mei) diberkas polis dua hari selepas kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari, kedua-dua suspek berusia 27 dan 32 tahun itu ditangkap pada hari sama di dua lokasi serbuan berasingan.

“Tangkapan pertama oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri terhadap suspek berusia 32 tahun dilakukan di sebuah bilik 103 Tropical Inn Lot 852 sekitar jam 8.35 malam.

“Suspek kedua ditahan semasa berada di dalam sebuah bilik hotel berhampiran Jalan Sylvia Mcld pada jam 9.05 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, turut dirampas barangan kes disyaki dicuri hasil pecah masuk kereta berupa barangan emas, cincin emas, pasport, dan beberapa barangan peribadi lain milik mangsa.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru